Friday, August 8, 2008

Nadal idam emas Olimpik


Madrid: Pingat emas Sukan Olimpik menjadi sasaran terbaru Rafael Nadal buat menghiasi kabinet trofi di rumahnya selepas bergelar juara Terbuka Perancis dan Wimbledon, baru – baru ini.

Pemain 22 tahun dari Sepanyol itu mensasarkan pingat di Beijing untuk membawa pulang hadiah itu untuk di susun bersama 30 gelaran termasuk lima acara grand slam dan 12 piala siri Masters dimenangi sebelum ini.

“ Saya pasti akan menikmati suasana Olimpik, saya pasti, dan saya akan berusaha sedaya upaya untuk mencuba dan memenangi pingat,” katanya sewaktu di temuramah menerusi telefon oleh Associated Press kelmarin.

“ Menjadi satu penghormatan untuk bertanding mewakili negara anda dan saya tidak sabar untuk mengambil bahagian,” katanya sejurus sebekum menaiki pesawat yang mengambil masa 13 jam untuk tiba di Beijing.

Selain Wimbledon dab terbuka Perancis, Nadal berjaya memenangi kejuaraan Conde de Godo, Hamburg, Monte Carlo dan Queen pada tahun ini.

Dalam tempoh dua minggu atau lebih tepat lagi pada 18 Ogos nanti, Nadal akan secara automatik muncul selaku pemain nombor satu duni, menamatkan rekod penguasaan selama 235 minggu berturut – turut yang digemgam erat Federer sebelum ini.

“ Masih baru lagi saya rasakan, seakan baru pagi semalam atau baru tahun lalu” Ia satu lagi langkah permulaan terhadap proses panjang yang memerlukan kerja berat dan ia hanya mula menampakkan hasil kira – kira empat atau lima tahun lalu ”

Nadal yang baru mula bermain tenis di kampong Manacor di Pulau Mallorca di perairan Mediterranean, berkata tiada siapa pun yang boleh memperkecilkan kemampuan Federer untuk kembali bangkit.

“ Seluruh dunia perlu terus mengawasi beliau sebagai juara besar yang pernah dikecapinya dan dia sebenarnya masih dianggap jaguh dunia,” katanya – AP

2 comments:

Hasbi-Ibrahim said...

Kelibat pemain muda Tenis terus memberikan cabaran dan kesan di dalam arena sukan Tenis dunia. Kemunculan Rafael Nadal sebagai juara di dalam pelbagai kejohanan sebelum ini mampu diulangi pada sukan Olimpik di Beijing nanti.

Semangat juang yang tinggi yang sering dipersembahkan semasa beraksi menentang lawan, mampu memukau para pemerhati sukan dan penonton.

Nama Rafael Nadal bukan asing lagi dalam sukan tenis, namun kemunculannya sering merisaukan pemain lawan.

aiShaH said...

Nadal - jaguh bermain di tanah liat